Bawang Busuk: 83juta Akaun Palsu Direkod Facebook

Monday, August 6, 2012

83juta Akaun Palsu Direkod Facebook




WASHINGTON: Sejumlah 83 juta akaun Facebook adalah daripada pengguna yang meragukan seperti akaun salinan, akaun untuk haiwan peliharaan dan dibangunkan khas untuk menghantar serangan spam.
Meskipun jumlah ahli Facebook meningkat kepada 955 juta pada akhir suku kedua namun begitu sebanyak 8.7 peratus daripadanya adalah meragukan, kata syarikat itu dalam laporan sukuan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (AS).
Terdapat ‘cabaran’ dalam mengukur penggunaan “walaupun kita berusaha untuk mengesan dan menyekat kelakuan seperti itu,” kata rangkaian sosial itu.
Katanya, akaun salinan iaitu apabila pengguna sama menggunakan lebih daripada satu akaun, dianggarkan adalah 4.8 peratus daripada pengguna aktif.
Selebihnya 2.4 peratus mungkin untuk perniagaan, kumpulan atau “entiti bukan manusia seperti haiwan peliharaan”, manakala 1.5 peratus pula adalah akaun yang tidak diingini yang mana digunakan untuk spam atau aktiviti berniat jahat.
“Kami percaya peratusan akaun yang disalin atau tiruan lebih rendah di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) atau Australia dan tinggi di negara yang sedang membangun seperti di Indonesia dan Turki,” kata Facebook.
“Kami secara berterusan meninjau untuk mempertingkatkan keupayaan untuk mengenal pasti akaun yang disalin atau tiruan dan jumlah keseluruhan akaun terbabit. Ia akan berkurangan dengan penambahbaikan serta perubahan dengan langkah yang kami lakukan.”
Jumlah pengguna sebenar adalah kritikal kepada Facebook yang bergelut untuk menjamin pendapatan pengiklanannya daripada rangkaian sosial terbesar dunia itu.
Beberapa penganalisis mulai tidak yakin syarikat itu berupaya melonjakkan pendapatannya. Penganalisis Sophos, firma sekuriti British, Graham Cluley, berkata akaun tiruan adalah sesuatu yang menjadi hakikat dalam kehidupan namun ia mampu menjejaskan keuntungan Facebook secara keseluruhan.
“Dengan jelas semua pengguna Facebook berminat menjadikan laman web itu satu tempat yang selamat dan tahap spam serta pautan berniat jahat dikurangkan,” kata Cluley.
“Lebih daripada itu, syarikat yang mempertimbangkan untuk mengiklan di rangkaian laman sosial itu perlu memastikan terdapat pengguna sebenar bukannya akaun palsu.”
Saham Facebook ditutup turun lebih empat peratus kepada AS$20.04, satu kejatuhan teruk mencecah 47 peratus daripada harga pembukaannya pada Mei lalu sebanyak AS$38. – AFP

No comments:

Post a Comment