Bawang Busuk: August 2012

Monday, August 6, 2012

83juta Akaun Palsu Direkod Facebook



Telur Dinosaur Ditemui

40 Biji Telur Dinosaur Ditemui Dalam Batu

Ahli geologi di Rusia telah menemukan apa yang mereka dakwa sebagai telur-telur dinosaur! Telur-telur ini sudah ada di bumi semenjak lebih dari 60 juta tahun lalu!
“Setakat ini kami sudah menjumpai sebanyak 40 biji telur, tapi kami belum boleh memberikan angka rasminya”, ujar Said-Emin Dzhabrailov, ahli geologi dari Universiti Chechen.
Ia yakin masih ada banyak telur yang tertanam jauh di dalam. Penemuan ini bermula ketika kontraktor hendak meratakan bukit di pergunungan Kaukasus untuk pembangunan jalan. Mereka menemui keanehan dalam bentuk tanahnya yang kering, dimana seperti ada benjolan2 dari dalam tanah.

Sunday, August 5, 2012

Segalanya Mengenai Yusuf Taiyoob (Legasi Kurma Tempatan)



Gempar Seorang Lelaki Terjun Daripada Pesawat Air Asia di Miri, Sarawak

MIRI – Beratus-ratus penumpang sebuah pesawat AirAsia Berhad (AirAsia) menghadapi saat cemas apabila seorang penumpang bertindak membuka pintu kecemasan lalu terjun ketika pesawat itu dalam kedudukan sedia untuk berlepas di Lapangan Terbang Miri di sini malam kelmarin.

Lebih mengejutkan, siasatan mendapati penumpang berkenaan yang dikenali sebagai Chong, 24, dipercayai staf syarikat penerbangan tambang murah itu sendiri.
Pada hari berkenaan, dia tidak bekerja tetapi menaiki pesawat AK587 itu bersama teman wanitanya untuk menuju ke Kuala Lumpur.
Kosmo! Ahad difahamkan, tindakan lelaki itu membuka pintu kecemasan yang terletak di bahagian tengah pesawat menyebabkan pesawat tersebut berhenti serta-merta.
Keadaan itu mencetuskan situasi panik dalam kalangan penumpang.
Sementara itu, seorang penumpang yang menaiki penerbangan sama berkata, sebaik pesawat tersebut hendak berlepas, lelaki itu menjerit ‘saya mahu pulang’ sebelum dia meninggalkan kerusinya dan membuka pintu kecemasan.
“Ketika pesawat itu sedang bergerak perlahan untuk berlepas, tiba-tiba lelaki tersebut buka pintu kecemasan di sebelah kanan pesawat dan terjun sekali gus menyebabkan pesawat berhenti mengejut.
“Penumpang lain mula menjerit dan panik. Punca dia bertindak demikian masih kurang jelas,” kata saksi itu.
Pengarah Operasi Penerbangan AirAsia, Kapten Datuk Fareh Ishraf Mazputra (gambar kecil) berkata, penumpang yang terjun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Miri untuk menerima rawatan.

Kejadian tersebut menyebabkan penerbangan tersebut tergendala dan penerbangan hanya dapat diteruskan pada pukul 11 malam.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, setakat ini polis masih mengumpul maklumat mengenai kejadian itu dan siasatan giat dijalankan berhubung kejadian tersebut.

Rumah Pengacara Popular Aznil Hj Nawawi Dirompak


Kosmo! sebelum ini melaporkan yang kediaman yang didiami Aznil Hj Nawawi di Taman Yarl telah dimasuki perompak sekitar 10.00 malam tadi.
Ketika kejadian berlaku, ibu Aznil Hj Nawawi dan dua orang amah mereka berada di rumah tersebut tetapi pengacara popular ini tiada di tempat kejadian ketika itu.
Menurut laporan, penjenayah melarikan sejumlah barang kemas berupa cincin, gelang emas, anting anting & rantai kaki selain komputer riba dan beberapa helai pakaian.
Kejadian rompakan ini dilaporkan tidak disedari sesiapa ketika berlaku dan keluarga Aznil Hj Nawawi alami kerugian sebanyak RM40,000 keseluruhan.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan kejadian tersebut dengan memberitahu rumah milik adik Aznil itu turut didiami selebriti tersebut bersama ibu dan adiknya.