MIRI
– Beratus-ratus penumpang sebuah pesawat AirAsia Berhad (AirAsia)
menghadapi saat cemas apabila seorang penumpang bertindak membuka pintu
kecemasan lalu terjun ketika pesawat itu dalam kedudukan sedia untuk
berlepas di Lapangan Terbang Miri di sini malam kelmarin.
![air asia](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_sAk6-9ChApkNloYsiRxuGDBhwFMq6Uh0_9eQn3qkd9z03NKbBRjSSv9Dvt3t71YVhiDUjcmKaf8FJC9CEd_3q43H2C2qjga-Ef5cwYbegvmXIUQqUaK6_iGvnBHfgOJafLO4bzw3s=s0-d)
Lebih
mengejutkan, siasatan mendapati penumpang berkenaan yang dikenali
sebagai Chong, 24, dipercayai staf syarikat penerbangan tambang murah
itu sendiri.
Pada hari berkenaan, dia tidak bekerja tetapi menaiki pesawat AK587 itu bersama teman wanitanya untuk menuju ke Kuala Lumpur.
Kosmo!
Ahad difahamkan, tindakan lelaki itu membuka pintu kecemasan yang
terletak di bahagian tengah pesawat menyebabkan pesawat tersebut
berhenti serta-merta.
Keadaan itu mencetuskan situasi panik dalam kalangan penumpang.
Sementara
itu, seorang penumpang yang menaiki penerbangan sama berkata, sebaik
pesawat tersebut hendak berlepas, lelaki itu menjerit ‘saya mahu pulang’
sebelum dia meninggalkan kerusinya dan membuka pintu kecemasan.
“Ketika
pesawat itu sedang bergerak perlahan untuk berlepas, tiba-tiba lelaki
tersebut buka pintu kecemasan di sebelah kanan pesawat dan terjun sekali
gus menyebabkan pesawat berhenti mengejut.
“Penumpang lain mula menjerit dan panik. Punca dia bertindak demikian masih kurang jelas,” kata saksi itu.
Pengarah
Operasi Penerbangan AirAsia, Kapten Datuk Fareh Ishraf Mazputra (gambar
kecil) berkata, penumpang yang terjun itu bagaimanapun tidak mengalami
sebarang kecederaan.
Lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Miri untuk menerima rawatan.
![mi803j03.JPG](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_tZ0f9NC6eYo_YaqWzKl7qRLeVspHFn65vu9vv0eUYqojYizXoqYV2PjpqCZv4jgDTEOEFTNjy2duE3kCPnb-WfiN1NneAEVw8ed5Qa_Bcbjs9w5WQPj_5pY9T58zscYX_EsT2wOgDK-Q=s0-d)
Kejadian tersebut menyebabkan penerbangan tersebut tergendala dan penerbangan hanya dapat diteruskan pada pukul 11 malam.
Ketua
Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, setakat
ini polis masih mengumpul maklumat mengenai kejadian itu dan siasatan
giat dijalankan berhubung kejadian tersebut.